Perjumpaan kali kelapan ini telah diadakan pada 14hb Mac 2018 (Rabu ) pada pukul 8.45malam hingga 10.15 malam bertempat di ruang legar Blok C.
Agenda :
Perutusan Pengerusi :
Pengerusi memulakan
mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan al-Fatihah. Pengerusi memanjatkan
kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli
mesyuarat. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Program, Zaid Husaini bin Kamis.
1.0
Pengemaskinian Program
1.1 Pengarah membentangkan tentang hala tuju program iaitu tentang
sekolah, aliran sekolah dan tarikh program tersebut.
1.2 Sekolah yang telah diputuskan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan
Segambut Jaya. Sekolah tersebut merupakan sekolah yang mempunyai aliran agama.
Tarikh program akan dijalankan ialah pada 13,14 dan 15 April 2018.
2.0 Pengemaskinian Gerak Kerja Setiap Unit
2.1 Setiap unit membentangkan gerak kerja unit masing-masing.
2.2 Laporan setiap unit :
1) Unit Pengangkutan dan Perhubungan Luar
- telah melakukan tinjaun terhadap 3 buah bas
- bas telah ditempah
- harga bas ialah RM500 ( pergi dan balik )
- tarikh tempahan bas pada 13 April 2018 dan 15 April 2018
2) Unit Multimedia dan Teknikal
- mereka cipta corak baju ( sudah siap ) , poster ( sedang
disiapkan ), video ( akan disiapkan )
- merancang untuk menangkap gambar barisan ahli jawatan kuasa (AJK)
pada hari Isnin ( 19 Mac 2018 )
- akan menyediakan “name tag” program
3) Unit Tugas-tugas Khas
- bekerjasama dengan Unit Multimedia
- sudah menjumpai tempat untuk “printed” baju
- harga baju korporat dalam lingkungan RM60-RM70
4) Unit Kebajikan dan Keselamatan
- bergantung kepada aktiviti yang dilakukan oleh Unit Pengisian dan
Protokol
- menyediakan first-aid
5) Unit Cenderahati dan Makanan
- makanan untuk para AJK bergantung pada kantin sekolah ( akan
membuat tinjauan nanti )
- antara contoh cenderahati yang dirancang ialah : plaque ,
hamper
- bergantung pada Unit Pengisian dan Protokol
6) Unit Pengisian dan Protokol
- pembentangan tentatif program
- pengenalan LDK seperti taaruf berantai dan lain-lain
- ada cadangan untuk mewujudkan “hirasah”
7) Unit Dana dan Tajaan
- telah mengadakan jualan dan housekeeping
- hasil kutipan dana yang dijalankan pada 10 Mac 2018 di sekitar
Taman Paramount oleh kumpulan yang terdiri daripada Zaidan, Hanif, Irham,
Nurin, Liyana, Hajar dan Nazatul adalah
sebanyak RM325.
- manakala, hasil housekeeping yang dilakukan oleh Suhaila,
Nasuha dan Syakina di rumah Suhaila ( Sungai Besar, Sabak Bernam ) pada 10 Mac 2018 ialah sebanyak RM200
- antara cadangan untuk mencari dana ialah setiap individu
diwajibkan untuk mendapatkan dana sebanyak RM50 menggunakan 5 kupon yang akan
disediakan oleh pihak dana
- secara rumusannya, dana akan diperoleh dengan cara : 1) Individu
– RM50
2) Tabung Masjid-untuk yang mampu
3) Syarikat – cari syarikat dan berikan kepada unit dana
3.0
Pelantikan Unit Baru
3.1 Jawatankuasa baru telah dilantik bagi memastikan perjalanan
program berjalan dengan lancar. Antara jawatankuasa baru yang telah dilantik
ialah Camp Commandant dan Unit Disiplin dan Ibadah.
3.2 Untuk Camp Commandant,
ketuanya ialah Mohd Habil Afzan bin Saidan dan penolongnya ialah Nur Athirah
Liyana binti Abdul Yazid.
3.3 Untuk Unit Disiplin dan Ibadah pula, bagi lelaki ialah Annuar
Ramadhon bin Kasa @ Muhyiddin dan Irham bin Masiri. Manakala, untuk perempuan
pula ialah Noor Syaerah Binti Mansoor dan Nurin Syafiah binti Saari.
4.0
Perkara Berbangkit
4.1 Isu surat ( KKP dan surat dana ) yang tiada tandatangan ketika
menjalankan housekeeping dan pencarian dana. Setiausaha dan penolong
setiausaha akan memastikan hal ini tidak akan berulang kembali.
5.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 malam dan ditutup dengan bacaan tasbih kafarah
dan Surah Al-Asr.
No comments:
Post a Comment