Thursday, 12 April 2018

LAPORAN MINIT MESYUARAT PROGRAM JALINAN MASYARAKAT JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM APIUM BIL.9


Tarikh : 3 April 2018
Hari     : Selasa
Masa   : 2.45 petang – 4.00 petang
Tempat : Bilik SEJATI
Hadir : 6/6 ( BARISAN MT SAHAJA )



Agenda :
Perutusan Pengerusi :
     Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan al-Fatihah. Pengerusi memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Program, Zaid Husaini bin Kamis.
1.0  Perbincangan Program
1.1 Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya telah memberitahu pada saat akhir tentang tarikh program yang akan kami laksanakan tersebut merupakan tarikh program bagi pihak sekolah.
1.2 Oleh itu, tiada tarikh lain yang sesuai dan boleh dijadikan tarikh untuk Program Jalinan Masyarakat.
1.3 Maka, kami semua telah mengadakan perbincangan bagi mencari “back up plan” untuk program ini.
2.0 Pemberitahuan Dana
2.1 Bendahari dan Timbalan Bendahari telah melakukan pengiraan bagi jumlah dana yang telah dikutip dan didapati setakat masa ini.
2.2 Surat dana bagi memohon sumbangan air mineral akan disebarkan ke setiap pejabat kolej kediaman.
3.0 Pengemaskinian setiap gerak kerja unit
3.1 “PIC” untuk setiap unit yang terlibat perlu sentiasa melakukan pengemaskinian kepada MT
3.2 Mengemaskini dari semasa ke semasa
5.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dan ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment

" ONE STEP CLOSER "

  BARISAN MAJLIS TERTINGGI :   UNIT PROTOKOL DAN PENGISIAN : UNIT DANA DAN TAJAAN : UNIT MAKANAN DAN CENDER...