Perjumpaan kali ketujuh ini telah diadakan pada 1 Mac 2018 (Khamis ) , pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di bilik SEJATI. Perjumpaan ini hanya melibatkan MT dan AJK Unit Pengisian sahaja.
Agenda :
Perutusan Pengerusi :
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan
ucapan salam dan bacaan al-Fatihah. Penasihat memanjatkan
kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli
mesyuarat. Majlis
dipengerusikan oleh Pengarah Program Zaid Husaini bin Kamis.
1.0
Pembentangan semula KKP yang telah diubah
1.1 Antara perkara yang diubah ialah tentang nama
program, tema dan objektif.
1) Nama program : “ ONE STEP CLOSER”
2) Tema : “
Insan Hebat, Menjiwai Transformasi ”
3) Objektif :
1.
Melahirkan
belia yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi, bertanggungjawab dan
berkepimpinan dalam kalangan peserta dan mahasiswa /
mahasiswi Universiti Malaya khususnya pelajar SEJATI tahun 1 sesi 2017/2018.
2.
Meningkatkan
daya kreativiti dan semangat kolaborasi untuk menjadi insan yang mempunyai
kemahiran yang pelbagai dalam kalangan peserta dan mahasiswa /
mahasiswi.
3.
Memupuk
kesedaran dalam diri setiap individu untuk menjadi insan yang memberi manfaat
dalam kalangan peserta dan mahasiswa /
mahasiswi.
4.
Mengeratkan
ukhuwah antara pelajar Universiti Malaya dengan masyarakat khususnya pelajar
Sekolah Menengah Sains Selangor.
1.2 Lokasi sekolah juga telah diubah ke sekolah
lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
1.3 Perbincangan tentatif dan pengubahsuaian juga
telah dilakukan.
2.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11 pagi dan
ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
No comments:
Post a Comment