Perjumpaan kali keenam ini telah diadakan pada 28 Februari 2018 ( Rabu ) , pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Seminar JSTI.
Agenda :
Perutusan Pengerusi :
Pengerusi memulakan
mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan al-Fatihah. Penasihat memanjatkan
kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli
mesyuarat. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Program, Zaid Husaini bin Kamis.
Majlis turut dihadiri oleh Dr.Asyiqin selaku Penasihat Program.
1.0
Pembentangan Cadangan Kertas Kerja Projek
1.1 Pengarah telah membentangkan hasil cadangan kertas kerja projek
kepada Penasihat Program iaitu Dr.Asyiqin.
1.2 Dr.Asyiqin memberikan cadangan dan komen untuk menambah baik
mutu kertas kerja projek jalinan masyarakat ini
1.3 Antara cadangan yang diberikan oleh Dr.Asyiqin ialah
1) Nama program, tema dan objektif mestilah saling berkaitan.
2) Melakukan sedikit perubahan pada tentatif program seperti menjemput
pensyarah API untuk mempromosikan APIUM, mengubah tajuk forum/ceramah kepada tajuk
yang difikir lebih sesuai.
1.4 Dr.Asyiqin menyarankan supaya bahagian perbelanjaan dilebihkan
untuk langkah berjaga-jaga.
2.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dan ditutup
dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
No comments:
Post a Comment