Tuesday, 13 February 2018

Perjumpaan Kali Kedua

Perjumpaan kali kedua ini telah diadakan bersama para MT sahaja. Diadakan pada hari ISNIN, 12 Februari 2018 pada pukul 11.00 pagi bertempat di Bilik SEJATI.

Agenda :
Perutusan Pengerusi :
     Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan al-Fatihah. Penasihat memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Program Zaid Husaini bin Kamis.
1.0  Cadangan Program yang Hendak Dilaksanakan
1.1 Dalam kalangan Majlis Tertinggi memberikan cadangan masing-masing tentang program yang hendak dilaksanakan untuk kursus Jalinan Masyarakat.
1.2 Antara cadangan yang diterima ialah
1) Mengadakan program bersama masyarakat kampung dan dinamakan program tersebut sebagai “Bakti Siswa”. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah seperti gotong royong, membersihkan masjid dan lain-lain lagi.
2) Melaksanakan aktiviti bersama pelajar-pelajar sekolah di mana modul pengisian tersebut dikhususkan untuk pelajar sekolah sahaja.
3) Program yang dilaksanakan tersebut dibuat secara sekaligus bukan secara berkali-kali.
Kami para MT sepakat untuk membawa perbincangan ini bersama para AJK dan melakukan undian.
2.0  Cadangan Tarikh Program
2.1 Antara tarikh-tarikh yang dicadangkan untuk menjayakan program ini ialah
1) semasa cuti pertengahan penggal iaitu 23 Mac, 24 Mac, dan 25 Mac.
2) selepas cuti pertengahan penggal.
Cadangan ini akan diutarakan dalam perbincangan seterusnya bersama AJK .
3.0  Lokasi Program
3.1 Antara cadangan lokasi yang telah diberikan untuk menjayakan program ini ialah di Kuala Selangor dan Hulu Langat.
Perbincangan mengenai lokasi program juga turut akan dibincangkan sekali lagi dalam pertemuan seterusnya bersama AJK.
4.0  Pembahagian Tugas Majlis Tertinggi
4.1 Para MT sepakat untuk membahagikan setiap unit untuk dikawal dan dipantau dari semasa ke semasa.
4.2 Berikut merupakan pembahagian unit yang telah dibahagikan :
1) Unit Pengisian dan Protokol – Zaid Husaini ( Pengarah )
2) Unit Tugas-tugas Khas – Normini ( Timbalan Pengarah )
3) Unit Cenderahati dan Makanan – Nazirah Al Nasuha ( Setiausaha )
4) Unit Dana dan Tajaan – Syafiqah ( Timbalan Setiausaha )
5) Unit Multimedia dan Teknikal – Safwah Haziqah ( Bendahari )
5) Unit Pengangkutan dan Perhubungan Luar – Anuar Ramdhon ( Timbalan Bendahari )
5.0 Perkara Berbangkit
5.1 Melakukan beberapa pengubahsuaian pada ahli jawatankuasa bagi setiap unit untuk memastikan wujudnya keseimbangan ahli berdasarkan tugas-tugas unit tersebut.

6.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dan ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment

" ONE STEP CLOSER "

  BARISAN MAJLIS TERTINGGI :   UNIT PROTOKOL DAN PENGISIAN : UNIT DANA DAN TAJAAN : UNIT MAKANAN DAN CENDER...