Perjumpaan kali ke-4 ini telah diadakan bersama para MT sahaja. Diadakan pada hari Khamis, 15 Februari 2018 pada pukul 10.30 pagi bertempat di Ruwaq Akademiah.
Agenda :
Perutusan Pengerusi :
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan
al-Fatihah. Penasihat memanjatkan
kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli
mesyuarat. Majlis
dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Program, Normini binti Bakhtiar.
1.0 Perbincangan Mengenai Dana dan
Tajaan
1.1 Mengenai perkara di atas, kami pihak MT telah berbincang
mengenai cara-cara untuk mendapatkan dana yang akan dijalankan oleh unit dana
dan tajaan serta para AJK yang lain.
1.2
Antara
cadangan yang diberi ialah
1)
Membahagikan
setiap unit mengikut hari bagi menjalankan urusan jualan
2)
Jualan
diadakan secara mingguan mahupun harian
3)
Antara
aktiviti-aktiviti lain yang boleh mendatangkan pendapatan program ialah seperti
“housekeeping”, “carwash” dan lain-lain lagi.
4)
Antara
jualan yang dijangka akan dilakukan ialah jualan roti sardine/roti sosej,
kerongsang, ‘cocktail’, kek batik dan aiskrim Malaysia
2.0
Perkara Berbangkit
2.1 Antara perkara berbangkit ialah berkenaan lokasi program. Pihak
MT merancang untuk membuat tinjaun ke tempat yang dicadangkan dan juga berhubung dengan pihak di sana
terlebih dahulu.
2.2 Bendahari dan timbalan bendahari dikehendaki untuk menyediakan
jadual tugasan jualan seharian.
2.3 Setiausaha dan timbalan setiausaha dikehendaki untuk menyiapkan
cadangan kertas kerja projek (KKP), surat dana dan lain-lain yang berkaitan.
3.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi dan
ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
No comments:
Post a Comment