Perjumpaan " Program Jalinan Masyarakat SEJATI " buat kali ke 3 yang telah diadakan di Bilik SEJATI pada hari Selasa bersamaan 13 Februari 2018
Agenda :
Perutusan Pengerusi :
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan
al-Fatihah. Penasihat memanjatkan
kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli
mesyuarat. Majlis
dipengerusikan oleh Pengarah Program Zaid Husaini bin Kamis.
1.0
Perbincangan Program, Lokasi, Tarikh (undian )
1.1 Undian
dilaksanakan bagi menentukan jenis program yang akan dilaksanakan berdasarkan
cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini. Majoriti AJK memilih untuk
mengadakan program jalinan masyarakat bersama masyarakat kampung.
1.2 Semua AJK
bersetuju dan sepakat untuk mengadakan program jalinan masyarakat ini selepas
cuti pertengahan penggal iaitu pada minggu ke-8 (13,14 dan 15 April 2018)
1.3 Pada
mulanya sepakat untuk mengadakan program ini di Hulu Langat. Namun, terdapat
AJK yang memberikan cadangan tambahan bagi lokasi-lokasi yang sesuai untuk
menjalankan program ini. Antaranya ialah Kg.Baru, KL, Kg.Melayu, Subang,
Bestari Jaya Kuala Selangor, Darul Hidayah Hulu Langat, Sungai Gulang-gulang
Kuala Selangor, Sabak Bernam, dan Sekinchan.
Kami para MT
bersepakat untuk membincangkan kembali tentang lokasi program dalam mesyuarat
seterusnya bersama MT dan memilih kampung/kawasan yang mampu memberikan
kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.
2.0
Perbincangan Dana dan Tajaan
2.1 Setelah
berbincang, para AJK bersepakat untuk mencari dana berdasarkan unit
masing-masing. Setiap unit dipertanggungjawabkan untuk mencari dana bagi
menampung perbelanjaan program.
3.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.55 tengahari
dan ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
No comments:
Post a Comment