Thursday, 22 February 2018

PERJUMPAAN KALI KE-5

Perjumpaan kali kelima ini telah diadakan pada 22h Februari 2018 pada pukul 10.30 pagi bertempat di Bilik SEJATI.

Agenda :
Perutusan Pengerusi :
     Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan al-Fatihah. Penasihat memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Program Zaid Husaini bin Kamis.
1.0  Perbincangan Program, Lokasi, Tarikh
1.1 Atas sebab-sebab dan kekangan masalah yang tertentu, AJK Jalinan Masyarakat SEJATI telah bersepakat untuk mengubah bentuk program kampung ke program sekolah.
1.2 Cadangan lokasi sekolah yang telah diterima ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor.
1.3 Program yang akan dilaksanakan ini mungkin akan tertumpu di sekolah dan juga di kampung berdekatan dengan sekolah tersebut.
1.4 Tarikh program pula terpaksa dipindah oleh sebab-sebab tertentu. Tarikh terkini ialah pada 20,21 dan 22 April 2018.
2.0 Cadangan Aktiviti/Pengisian
2.1 Antara aktiviti yang telah dicadangkan ialah aktiviti akademik seperti mengajar pelajar STPM dan STAM, ‘explorace’/sukaneka gotong-royong dan lain-lain lagi.
3.0 Pembentangan Gerak Kerja Setiap Unit
3.1 Pembentangan gerak kerja setiap unit :
1) Unit Protokol dan Pengisian :
- masih merancang akiviti dan pengisian yang hendak dijalankan. Antaranya ialah seperti program pengenalan hala tuju selepas STPM/STAM
2) Unit Tugas-tugas Khas
- masih dalam proses ‘design’ baju
3) Unit Dana dan Tajaan
- sudah mula menjual roti sardin
-memperuntukkan pencarian dana sebanyak RM100 untuk setiap unit
- telah menyediakan jadual housekeeping/jualan harian
4) Unit Cenderahati dan Makanan
- masih dalam proses dan menunggu tentatif dari Unit Pengisian supaya boleh dibincangakan tentang cenderahati dan makanan berdasarkan aktiviti yang akan diadakan
5) Unit Kebajikan dan Keselamatan
- akan mencari/mendapatkan peti ubat-ubatan/ ‘first-aid’
6) Unit Pengangkutan dan Penginapan
- sudah mendapatkan nombor telefon bas yang akan digunakan
7) Unit Multimedia
- sudah membuka akaun media social seperti IG dan sentiasa mengemaskini akaun tersebut
4.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11 pagi dan ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.



 Sesi perbincangan sedang diadakan

Tuesday, 20 February 2018

PERJUMPAAN KALI KE-4

Perjumpaan kali ke-4 ini telah diadakan bersama para MT sahaja. Diadakan pada hari Khamis, 15 Februari 2018 pada pukul 10.30 pagi bertempat di Ruwaq Akademiah.

Agenda :
Perutusan Pengerusi :
   Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan al-Fatihah. Penasihat memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Program, Normini binti Bakhtiar.
1.0  Perbincangan Mengenai Dana dan Tajaan
1.1 Mengenai perkara di atas, kami pihak MT telah berbincang mengenai cara-cara untuk mendapatkan dana yang akan dijalankan oleh unit dana dan tajaan serta para AJK yang lain.
1.2  Antara cadangan yang diberi ialah
1)      Membahagikan setiap unit mengikut hari bagi menjalankan urusan jualan
2)      Jualan diadakan secara mingguan mahupun harian
3)      Antara aktiviti-aktiviti lain yang boleh mendatangkan pendapatan program ialah seperti “housekeeping”, “carwash” dan lain-lain lagi.
4)      Antara jualan yang dijangka akan dilakukan ialah jualan roti sardine/roti sosej, kerongsang, ‘cocktail’, kek batik dan aiskrim Malaysia 
2.0  Perkara Berbangkit
2.1 Antara perkara berbangkit ialah berkenaan lokasi program. Pihak MT merancang untuk membuat tinjaun ke tempat yang dicadangkan  dan juga berhubung dengan pihak di sana terlebih dahulu.
2.2 Bendahari dan timbalan bendahari dikehendaki untuk menyediakan jadual tugasan jualan seharian.
2.3 Setiausaha dan timbalan setiausaha dikehendaki untuk menyiapkan cadangan kertas kerja projek (KKP), surat dana dan lain-lain yang berkaitan.
3.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi dan ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

Tuesday, 13 February 2018

Perjumpaan Kali Kedua

Perjumpaan kali kedua ini telah diadakan bersama para MT sahaja. Diadakan pada hari ISNIN, 12 Februari 2018 pada pukul 11.00 pagi bertempat di Bilik SEJATI.

Agenda :
Perutusan Pengerusi :
     Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan al-Fatihah. Penasihat memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Program Zaid Husaini bin Kamis.
1.0  Cadangan Program yang Hendak Dilaksanakan
1.1 Dalam kalangan Majlis Tertinggi memberikan cadangan masing-masing tentang program yang hendak dilaksanakan untuk kursus Jalinan Masyarakat.
1.2 Antara cadangan yang diterima ialah
1) Mengadakan program bersama masyarakat kampung dan dinamakan program tersebut sebagai “Bakti Siswa”. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah seperti gotong royong, membersihkan masjid dan lain-lain lagi.
2) Melaksanakan aktiviti bersama pelajar-pelajar sekolah di mana modul pengisian tersebut dikhususkan untuk pelajar sekolah sahaja.
3) Program yang dilaksanakan tersebut dibuat secara sekaligus bukan secara berkali-kali.
Kami para MT sepakat untuk membawa perbincangan ini bersama para AJK dan melakukan undian.
2.0  Cadangan Tarikh Program
2.1 Antara tarikh-tarikh yang dicadangkan untuk menjayakan program ini ialah
1) semasa cuti pertengahan penggal iaitu 23 Mac, 24 Mac, dan 25 Mac.
2) selepas cuti pertengahan penggal.
Cadangan ini akan diutarakan dalam perbincangan seterusnya bersama AJK .
3.0  Lokasi Program
3.1 Antara cadangan lokasi yang telah diberikan untuk menjayakan program ini ialah di Kuala Selangor dan Hulu Langat.
Perbincangan mengenai lokasi program juga turut akan dibincangkan sekali lagi dalam pertemuan seterusnya bersama AJK.
4.0  Pembahagian Tugas Majlis Tertinggi
4.1 Para MT sepakat untuk membahagikan setiap unit untuk dikawal dan dipantau dari semasa ke semasa.
4.2 Berikut merupakan pembahagian unit yang telah dibahagikan :
1) Unit Pengisian dan Protokol – Zaid Husaini ( Pengarah )
2) Unit Tugas-tugas Khas – Normini ( Timbalan Pengarah )
3) Unit Cenderahati dan Makanan – Nazirah Al Nasuha ( Setiausaha )
4) Unit Dana dan Tajaan – Syafiqah ( Timbalan Setiausaha )
5) Unit Multimedia dan Teknikal – Safwah Haziqah ( Bendahari )
5) Unit Pengangkutan dan Perhubungan Luar – Anuar Ramdhon ( Timbalan Bendahari )
5.0 Perkara Berbangkit
5.1 Melakukan beberapa pengubahsuaian pada ahli jawatankuasa bagi setiap unit untuk memastikan wujudnya keseimbangan ahli berdasarkan tugas-tugas unit tersebut.

6.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dan ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

Perjumpaan Kali Ke - 3


Perjumpaan " Program Jalinan Masyarakat SEJATI " buat kali ke 3 yang telah diadakan di Bilik SEJATI pada hari Selasa bersamaan 13 Februari 2018





Agenda :
Perutusan Pengerusi :
     Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan al-Fatihah. Penasihat memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Program Zaid Husaini bin Kamis.
1.0  Perbincangan Program, Lokasi, Tarikh (undian )
1.1 Undian dilaksanakan bagi menentukan jenis program yang akan dilaksanakan berdasarkan cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini. Majoriti AJK memilih untuk mengadakan program jalinan masyarakat bersama masyarakat kampung.
1.2 Semua AJK bersetuju dan sepakat untuk mengadakan program jalinan masyarakat ini selepas cuti pertengahan penggal iaitu pada minggu ke-8 (13,14 dan 15 April 2018)
1.3 Pada mulanya sepakat untuk mengadakan program ini di Hulu Langat. Namun, terdapat AJK yang memberikan cadangan tambahan bagi lokasi-lokasi yang sesuai untuk menjalankan program ini. Antaranya ialah Kg.Baru, KL, Kg.Melayu, Subang, Bestari Jaya Kuala Selangor, Darul Hidayah Hulu Langat, Sungai Gulang-gulang Kuala Selangor, Sabak Bernam, dan Sekinchan.
Kami para MT bersepakat untuk membincangkan kembali tentang lokasi program dalam mesyuarat seterusnya bersama MT dan memilih kampung/kawasan yang mampu memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.
2.0  Perbincangan Dana dan Tajaan
2.1 Setelah berbincang, para AJK bersepakat untuk mencari dana berdasarkan unit masing-masing. Setiap unit dipertanggungjawabkan untuk mencari dana bagi menampung perbelanjaan program.
3.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.55 tengahari dan ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

Perjumpaan Kali Pertama


Perjumpaan "Program Jalinan Masyarakat SEJATI" buat kali pertama pada hari Khamis bersamaan 8 Februari 2018



Pada perjumpaan kali pertama ini telah dihadiri oleh 20 orang pelajar Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam. Pada sesi perjumpaan ini kami membincangkan tentang pemilihan AJK dan lain-lain. Sesi undian dan pemilihan telah dijalankan. Berikut merupakan senarai carta organisasi bagi Program Jalinan Masyarakat ini :


AHLI JAWATANKUASA PROGRAM JALINAN MASYARAKAT JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM 2017/2018

PENYELARAS                        DR ASYIQIN BINTI AB HALIM
PENGARAH                             Zaid Husaini Bin Kamis
TIMBALAN PENGARAH      Normini Binti Bakhtiar
SETIAUSAHA                          Nazirah Al Nasuha Binti Mhd Adnan
TIMBALAN SETIAUSAHA   Syafiqah binti Abd. Razak.
BENDAHARI                            Safwah Haziqah binti Halim.
TIMBALAN BENDAHARI     Annuar Ramadhon bin Kasa @ Muhyiddin

UNIT PROTOKOL DAN PENGISIAN :
1.      Mohd Hafiz Zikri bin Mazuki.
2.      Nazatul Husna binti Sulaiman
3.      Nur Athirah Liyana binti Abdul Yazid.
4.      Siti Hajar binti Che Ibrahim.
UNIT CENDERAHATI DAN MAKANAN:
1.      Muhammad Noor Zaidan bin Ahmad Roslan.
2.      Nur Suhaila binti Salleh.
3.      Nurul Khalidah binti Mohd Noor.
UNIT DANA DAN TAJAAN :
1.      Irham bin Masiri.
2.      Mohamad Hanif bin Zainal.
3.      Ku Nor Syakina binti Ku Sulong.
4.      Noor Syaerah Binti Mansoor.
UNIT MULTIMEDIA DAN TEKNIKAL :
1.      Muhammad Ashraf bin Sadrul Azham
2.      Muhammad Uzair bin Salleh.
3.      Nur Ilyani binti Mohd Amri.
UNIT PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN LUAR :
1.      Mohamad Fahmi bin Mohd Mokhtar.
2.      Noorhani Soraya Binti Ahmad.
3.      Siti Nabilah binti Mohd Zulkifli.
UNIT TUGAS-TUGAS KHAS :
1.      Mohd Habil Afzan bin Saidan.
2.      Nur Tasnim binti Mustafa.
3.      Nurul Izzaty Alisya binti Mawardi.
4.      Siti Faizah binti  Fadzil.
UNIT KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN :
1.      Muhammad Luqman bin Baharom.
2.Nang Nur Afifah binti Nik Abdul Aziz.
3. Nurin Syafiah binti Saari.


Antara isu berbangkit ialah perbincangan tentang jenis program yang hendak dijalankan nanti. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi dan ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

Thursday, 8 February 2018

Intro-




Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Blog ini yang diberi nama Jalinan Masyarakat SEJATI merupakan kepunyaan rasmi mahasiswa/mahasiswi Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya 2017/2018. Untuk pengetahuan semua, Jalinan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JM merupakan satu tugasan atau subjek yang diwajibkan kepada semua mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaya. Subjek ini memerlukan kami para pelajar untuk menjayakan suatu program sepanjang tempoh 14 minggu pengajian dan akan dinilai oleh para pensyarah. Jadi, kami menggunakan medium blog ini untuk menyebarkan segala gerak kerja kami sepanjang proses menguruskan suatu program. Harapan kami semoga segala usaha dan kerjasama semua pelajar mampu untuk membuahkan hasil yang cemerlang. Akhir kata, doakan kami ( mahasiswa/siswi SEJATI) mampu untuk menjayakn program yang dirancang ! Terima kasih. :)

" ONE STEP CLOSER "

  BARISAN MAJLIS TERTINGGI :   UNIT PROTOKOL DAN PENGISIAN : UNIT DANA DAN TAJAAN : UNIT MAKANAN DAN CENDER...